VVIP Yang Terhormat

16.8.12

Borang Maklumat : Balik Kampung

Korang dah isi borang maklumat balik kampung sebelum bercuti raya? Untuk makluman, PDRM ada menyediakan Borang Maklumat : Balik Kampung sebagai pemberitahuan kepada pihak polis bahawa korang meninggalkan rumah utk pulang beraya ke kampung halaman. Penting tau! After dah mengisi borang ni, bolehlah hantar kepada Balai Polis yang berhampiran dgn rumah korang.

Klik untuk tumbesaran :)

Tips Pencegahan Jenayah : Pecah Rumah

Bila kes pecah rumah sering berlaku?
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang 'door viewer' dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti penggera dan CCTV.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku?
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk jangkamasa yang singkat.
2. Jgn sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jgn tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula mangga atau kunci rumah yg baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yg selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yg berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu)
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara.
10. Berikan nombor telefon anda yg boleh dihubungi kepada balai polis yg berhampiran.
11. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak samun yg boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
12. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yg boleh digunakan oleh penceroboh utk memasuki rumah dgn mudah.

8 comments:

  1. ika xtahu pon pasal nie.hihi
    nice sharing ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. CIK RONGOKS: akak dpt tau pun seminggu seblm raya. ade dgr iklan kt radio klau x silap :)

      Delete
  2. tips baguih ni.. balik kg hohoho balik kg hati girang

    ReplyDelete
    Replies
    1. KESUMA ANGSANA: hehehe. seronok nk blk kmpg kan :D

      Delete
  3. semenjak akak duk rumahni tak takut ngat, rumah lama dulu memang tak tenteram kalau musim2 cuti panjangni nak tinggalkan rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CHO ZILA: betul tu kak. rase cam risau je kan tinggalkan rumah lame2

      Delete
  4. Replies
    1. HAZWAN HAIRY: xpe, mane la tau kan kot2 nak blk kmpg lama2 nnt. bole isi borang ni :)

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara