VVIP Yang Terhormat

27.6.12

Tips Tangani Anak Kuat Merajuk


Kredit : Google

Bukan saja golongan dewasa malah kanak-kanak juga gemar merajuk terutamanya jika kehendak mereka gagal dipenuhi. Kalau di rumah mungkin tiada masalah sangat tetapi jika di tempat-tempat awam pula bagaimana? Takkanlah sampai hendak menjerit atau memukul si anak di hadapan orang. Sudah tentu ia satu perkara yang memalukan seklaigus menjatuhkan maruah si anak biarpun ketika itu dia masih kecil. Jadi apakah yang perlu dilakukan?

Jangan biar anak merajuk
Sebolehnya elakkan anak dari merajuk. Sekiranya berada di pusat membeli-belah maka ingatkan si anak bahawa dia hanya boleh dapatkan satu barang saja. Terangkan kenapa kita perlu bertindak demikian dan apakah kesan yang akan berlaku sekiranya anda gagal mengikut syarat itu. Jangan terlalu bertegas sebaliknya gunakan nada suara yang sedikit keras tetapi masih ada tolak ansur.
(Oh anak sulung saya mmg kuat merajuk, kalau x dibelikan apa yg diminta, mmg muncunglah jwbnya.)

Cari punca rajuknya
Seandainya anak sedang merajuk maka kenali sebabnya. Apakah yang membuatkan dia berkeadaan begitu dan jika diikutkan adakah si anak akan bersikap biasa. Lontarkan soalan dalam nada yang lembut dan jangan sekali-kali memarahinya terutamanya di hadapan orang ramai. Berkemungkinan dia akan bersikap lebih agresif dan kurang hormat pada ibu bapa sekiranya diperlakukan seperti itu.
(Bukan senang nak didik anak, lebih-lebih lagi bila dia merajuk inginkan sesuatu tp x dapat. So, kena pandai communicate dgn anak. Dan jelaskan dgn cara baik, dia dah mula faham.)

Berikan masa bertenang
Sudah dipujuk berkali-kali tetapi masih tiada perubahan. Tetap merajuk dan dingin apabila namanya dipanggil. Sekiranya ia berlaku maka dinasihatkan supaya membiarkan si anak bersendirian. Mungkin dalam tempoh 5 ke 10 minit. Selepas itu barulah anda kembali memujuknya dan tidak mustahi si anak akan mula berlembut dan menerima kata-kata anda.
(Tapi c kakak dah jarang merajuk skang sbb dia dh faham ape yg boleh, ape yg x boleh. Bukan kedekut dgn anak, tp sayang tu biarlah bertempat. Jgn terlalu manjakan. Dah besar nnt mmg parah!)

Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Februari 2012

Footnote: Si kakak kuat merajuk. Bam bam pulak mcmane dah besar nnt ye? huhuhuhu

13 comments:

  1. anak aku si adik tu sekarang kuat merajuk..kami panggil merajuk gedik namanya...haha...

    ReplyDelete
  2. kena ada caranya juga... tak boleh terus marah jer...

    thanx singgah blog saya..

    ReplyDelete
  3. Kena simpan utk masa depan...setakat ni dia x merajuk lg....hihihi

    ReplyDelete
  4. Kena simpan sbg rujukan ni....stkt ni dia x merajuk lg...hehe...thanx for sharing

    ReplyDelete
  5. saya sama laa macam anak sulung akak..bukan kata masa budak2 je perangai macam tu skrg ni pun saya still perangai mcm tu..minta apa tak dapat mula laa buat muka muncung dan merajuk huhuhu

    ReplyDelete
  6. WAHIDA: haha..gedik sungguh ye!

    HAIRY: xpe, simpan demi masa depan. kihkih

    ReplyDelete
  7. DWATY: betul3. kena ada caranya. u're most welcome. thanks sudi follow back! :D

    SYUHADAH: sharing is caring!

    ReplyDelete
  8. SAFFIYA_ALEESYA@ECHA: tu la kan. susah jugak nak handle anak2 klau merajuk ni. ni nk tggu lg 1-2 thn nk tgk perangai adiknya pulak. huhu

    ReplyDelete
  9. kak fieda kan..anak yg no 2tu suka ngajuk...kitaorg kata ngada jer tu..

    ReplyDelete
  10. FIEDA: tu la kan. kdg2 geram jugak dibuatnye. ngeh ngeh

    ReplyDelete
  11. Amak abe dedua lelaki. Kalau merajuk kami pijuk ngan rotan. Rasa silap teknik abe buat ni. Hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ABE: anak saya pun kena rotan jugak. kdg2 perlu diajar dgn cara mcmtu supaya dia x ulang lg kesilapan tu. klau terlalu memujuk nnt manja sesgt. tp kena rotan pd tempat yg betul ye :D

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara