VVIP Yang Terhormat

27.10.11

Kayuhan di Kg Paya Jaras, Sungai Buloh

23 Oktober, Ahad - ACT Johor telah diundang untuk mengadakan kayuhan keliling Kg Paya Jaras, Sungai Buloh sejauh 10km..program ini adalah anjuran Puteri UMNO Kg Paya Jaras..salah satu program utamanya adalah majlis perasmian Dewan Wawasan oleh ADUN Paya Jaras..

Tepat jam 8.00 pagi, team ACT berkumpul di Restoran Malabars..kemudian, kami memulakan kayuhan ke Dewan Wawasan, Kg Paya Jaras bagi memulakan program kayuhan kelililng kampung bersama ADUN dan anak2 yatim..mmg happening!!!




Di samping kayuhan keliling kampung, turut diadakan semasa program tersebut adalah ujian kesihatan (termasuklah check BMI, glukos dlm darah dan tekanan darah)..jenuhlah nurse2 ni melayan karenah kami semua termasuklah penduduk kampung..program diadakan seawal jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari..

Pendaftaran utk ujian kesihatan... (dialog saya, "sumpah saya bkn Sharifah Aini.." Nurse tu reply, "cik, klau nak sumpah2, g jumpa pesuruhjaya sumpah..kt cni nak wat check-up kesihatan je..") ** pinjam dari ayat Ikhwan Fahmi...hahaha


Aduh..time nak amik darah ni yg ngilu sikit..huhuhu..penakut jarum tul la..
 Mmg seronok bila dapat mengayuh basikal ni..at least dapat kuar peluh..badan jadi sihat, otak pun cerdas!! Kalau boleh, tiap2 weekend (if xde pape program), saya n hubby nak menjalankan aktiviti sihat ni..klau nak kayuh basikal tu, cari la tempat2 yang banyak pokok esp kawasan kampung..saujana mata memandang..hehehe..

Di samping itu juga, my hubby telah diberi tanggungjawab utk menghiburkan penduduk kampung, anak2 yatim dan peserta kayuhan dgn persembahan angklung solo.. (so sorry la dear..sayang xdpt nak join buat performance..sayang nak join kayuhan kali ni..)

mitak autograph bole en artis..hahaha!!

boleh ke awk main angklung tu Zulhilmi..hehehe.. :P
Balik dari program ni, saya terus kayuh basikal sampai ke rumah (rumah dekat je ngan tempat program)..pastu terus amik baby n kakak kt rumah kawan kami..disebabkan hubby saya kelaparan sgt, kitorg singgah la ke Giant Seksyen 13, Shah Alam..dlm keseronokan di program tu, saya dan hubby x lupa utk spend more time with our kids..mereka adalah anugerah yg paling berharga..tiada galang gantinya.. (^_^)

Mummy n babah love both of u soooo much.. :-)

4 comments:

  1. hai2..yeke?ntah2 kite pernah berselisih tp sbb x kenal kan..hehe..

    thanks for blogwalking..salam perkenalan ya!

    ReplyDelete
  2. @Ibu Kakal: ye..harus gigih supaya badan sentiasa sihat..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara