VVIP Yang Terhormat

27.10.11

Kayuhan Cinta Negara Fasa 4 2011

Pada 15 dan 16 Oktober 2011 yang lalu, saya telah menyertai Kayuhan Cinta Negara Fasa 4 2011 yang bertemakan "Ayuh Kayuh Kenali Johor"..tapi kali ni saya dan team ACT Johor menjadi panitia..bila dah kata jadi panitia ni, kerja mmg banyak giler..dari A-Z kena buat sendiri..sampaikan x cukup tido+penat x payah ckp la mcmane..huhuhu..tapi kami berpuas hati dan seronok kerana walaupun team ACT Johor x cukup kakitangan, tapi kami mampu melakukan yang THE BEST among yg BEST..hehehe..(dlm hati xnak riak sgt sbb next year nye job lagi berat..huhu)..

Tapi apapun, syukur alhamdulillah..program yang dianjurkan team ACT Johor kali ni sgt CEMERLANG..itupun di atas kerjasama dan team spirit dari semua ahli team ACT Johor yang telah berhempas pulas melaksanakan program ni..x lupa juga kerana semangat cintakan negara dari ahli2 ACT yang menyertai kayuhan kali ni merangkumi dari seluruh Malaysia termasuk Singapura..

Saya bz di kaunter pendaftaran...sekali peserta kayuhan dtg menyerbu..fuhhhhh..

ACT Siap!!!


Dalam kayuhan dua hari sejauh 75 km itu, seramai 308 ahli ACT yang terdiri daripada 206 pengayuh dan 102 panitia menjelajah ke Negeri Johor Darul Takzim sebagai destinasi penutup jelajah kelab tersebut bagi tahun 2011. Turut berkayuh ialah 50 peserta dari kelab-kelab berbasikal Johor dan juga pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Kayuhan hari pertama sejauh 46.6km bermula di Kampung Seri Bunian, Pontian menuju ke Kampung Parit Kahar, Ayer Baloi sebelum berakhir di Kampung Parit Betak..Di Kampung Parit Kahar, peserta kayuhan disambut meriah oleh penduduk kampung yang diiringi oleh paluan kompang..sgtlah meriah!!




Selain bersama keluarga angkat mengenali budaya dan gaya hidup penduduk setempat, peserta turut berhenti di beberapa lokasi sepanjang kayuhan termasuklah tempat penternakan puyuh dan juga lawatan ke projek IKS Perusahaan Cendawan. Ia juga sebagai satu usaha mempromosi aktiviti perekonomian kampung kepada peserta kayuhan.



Selain daripada itu, peserta kayuhan turut disajikan dengan persembahan kebudayaan dari ACT Johor yang terdiri daripada persembahan kump angklung dan nyanyian lagu-lagu tradisional. Yang menarik lagi apabila mereka bergandingan bersama kump ghazal Kampung Seri Bunian. Peserta-peserta juga turut menyanyi bersama-sama semasa persembahan diadakan. Really happening!!




Pada hari kedua, kayuhan diteruskan sejauh 21 km menuju ke Pantai Punggur untuk bersama-sama dalam Program Kesedaran Hakisan Pantai. Program dengan kerjasama UTHM ini menyaksikan peserta ACT bersama-sama mahasiswa UTHM menanam anak pokok bakau di pantai itu. Ia turut disertai oleh masyarakat setempat.

** Credit to Ikhwan Fahmi


“Menerusi program-program kayuhan yang dijalankan, matlamat ACT untuk melahirkan atlit berbasikal yang berdisiplin dan bersatu telahpun dicapai. ACT kini menerusi KCN melangkah lagi ke hadapan untuk membawa misi positif ke dalam masyarakat Malaysia. Kita memfokuskan mencari kebaikan di setiap daerah yang dilalui dengan cita-cita untuk mendidik masyarakat dengan konsep bersatu, berdisiplin, cintakan alam sekitar serta mencintai kedamaian."

MENJALIN HUBUNGAN PERSAHABATAN

Para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti bersama masyarakat tempatan di setiap persinggahan mereka. Dalam kesempatan masa yang singkat, para peserta dan masyarakat menggunakan setiap masa terluang untuk menjalinkan hubungan persahabatan, berkongsi pengalaman dan pengetahuan sesama mereka.

** Credit to Ikhwan Fahmi


Selain itu, Ahmad Ruzizan dalam ucapannya menyatakan ke hadapan pihaknya amat mengalu-alukan apa jua bentuk kerjasama daripada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan ACT.

Dengan mengenali pelbagai kawasan serta masyarakat Malaysia melalui pengalaman sendiri, para peserta didapati lebih menghargai sejarah negara. kepelbagian tarikan tempatan, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia, sekaligus meningkatkan kefahaman cinta kepada negara. Ia selari dengan matlamat Gagasan 1Malaysia yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
(Sumber dari www.act.org.my)

** Credit to Ikhwan Fahmi
Ini adik saya, Izzati yg akan naik pelamin awal thn dpn..insyaAllah...cantikkan dia..hehe
KAMI..panitia nisa' yg telah berhempas pulas menjayakan program KCN4..tu yg lepas gian bergambar..hehe..masing2 dah x sabar nak balik dah ni..rindu kt anak2..huhu
pasangan yg romantik gitu..hehehe..
KCN4 TAMAT DI SINI...Jumpa lagi di tahun 2012..
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara