VVIP Yang Terhormat

7.6.10

EPILOG SEBUAH CINTA (Part 2)

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, hinggalah genap setahun percintaan kami semakin bersemi..kami bak merpati dua sejoli, ke mana sahaja pasti bersama..

Namun, bak kata pepatah, cinta itu tak selamanya indah..ku sangkakan panas, rupanya hujan di tengahari...percintaan kami dihalangi oleh ibu bapaku..semua ini gara-gara ada seseorang (iparku sendiri) yang tidak menyukai hero malaya..beliau menghasut bapaku supaya membenci hero malaya..mungkin kerana beliau melihat hero malaya ini seorang pemuzik, yang mungkin tidak ada masa depan..pls la, don't judge a book by it's cover..kerana selama kami berkenalan dan bercinta, hero malaya tidak pernah mempunyai masalah dan beliaulah yang sering membantuku dalam apa saja permasalahan yang ku hadapi...hmmmm...ku anggap ini ujian dari Allah SWT untuk melihat sejauh mana keimanan ku..aku terima dgn pasrah dan redha...

Hatiku luluh dan kecewa melihat keluarga tidak merestui hubungan kami..di mana silapnya tidak kami ketahui...buat hero malaya, kita harus berpura-pura yang kita sudah tidak berkawan lagi..aku terpaksa berkorban demi menjernihkan suasana dan keadaan..we have to..


Dari detik dan saat itu, aku akan pastikan kepulanganku ke kampung halaman di setiap hujung minggu bagi meyakinkan keluargaku yang kami sudah tidak ada hubungan lagi..hmm..hatiku luluh dan sedih yang teramat mengenangkan nasib yang malang...sudah jatuh ditimpa tangga...aku berkawan ngan hero malaya ni pun, bkn utk diriku semata-mata..tapi adalah utk anak yang memerlukan kasih sayang seorang bapa..itu yg membuatkan cinta aku semakin kuat kpd hero malaya..seriously, hidupku terasa kosong dan sunyi tanpa beliau...aku hanya mampu bersabar dan tabah menghadapi ujian ini...airmata ini mengalir tanpa henti..Ya Allah, bilakah ujian ini akan berakhir....??

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara