VVIP Yang Terhormat

11.3.16

DIY BODY SCRUB MENGGUNAKAN KOPI


Assalammu’alaikum WBT.




Ada penggemar kopi di sini? Rasanya ramai di antara kita yang memang tidak boleh memulakan hari-hari mereka tanpa meminum kopi. Saya merupakan salah seorang penggemar kopi yg agak tegar, tak kira sama ada kopi panas, sejuk, dibuat secara O mahupun bersusu. Sangat lazat!! Nak nak pula kalau dibuat sebagai kopi kisar ais. Wowww..sangat sedap!! Maklumlah, musim panas macamni memang sedap minum minuman berais. Sejuk je tekak :D

Untuk pengetahuan uolls, selain menyegarkan mata, kopi juga sebenarnya bertindak sebagai ejen antioksidan dan pengelupasan yang baik untuk kulit kita.Oleh itu, untuk anda yang ingin merasai sendiri khasiat semulajadi daripada kopi dengan campuran bahan-bahan yang mudah anda temui di rumah anda, jom kita ikuti resepi membuat DIY body scrub seperti berikut;

Bahan-bahan untuk skrub muka:
2 sudu besar biji kopi yang dikisar
2 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar susu atau yogurt
1 sudu besar madu
1 sudu besar minyak kelapa atau minyak zaitun

** Sumber : Google Search

Cara-cara:
Campur semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan apabila campuran telah menjadi pekat, sapukan pada kulit muka anda dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, cuci dan bilaskan muka anda dengan menggunakan air yang bersih.


Skrub muka ini berfungsi sebagai ejen anti oksidan dan pengelupasan yang baik, penggunaan kopi bersama bahan-bahan campuran yang lain bukan sahaja membantu anda membuang toksin dan sel-sel mati, malah menyegarkan lagi kulit muka serta memberikan kelembapan yang mencukupi.




Tadi kita dah berkongsi tentang skrub muka kan. Kali ni kita nak kongsi pula cara dan kebaikan skrub badan pula. Sure korang semua suka memanjakan diri sekali sekala kan. Tak perlu keluar banyak wang untuk kelihatan ‘fresh’. Buat sendiri di rumah pun dah boleh kelihatan cantik menawan..ehhhh..hehehe..kalau tak percaya, meh kita cuba pula skrub badan :)

Bahan-bahan untuk skrub badan:
2 sudu besar biji kopi yang dikisar
2 sudu besar serbuk kayu manis
3 sudu besar susu atau yogurt
1 sudu besar madu
1 sudu besar minyak kelapa atau minyak zaitun
Sedikit perahan lemon

Cara-cara:
Sama seperti campuran skrub muka, anda juga harus mencampurkan semua bahan-bahan di atas dan sapukan pada permukaan kulit badan anda selama 20 minit sebelum membilas menggunakan air yang bersih.

Antara kebaikan skrub badan adalah memberikan haruman yang lebih menyegarkan kepada tubuh badan anda selain melembutkan kulit yang mana ianya berkongsi khasiat yang sama seperti skrub muka, penambahan perahan lemon dan serbuk kayu manis.

** Sumber : Google Search
Saya sendiri telah mencuba DIY skrub muka dan badan ini di rumah, sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. Yang pastinya, ianya amatlah menjimatkan kos, masa dan tenaga. Bila lagi kita nak manjakan diri kita kan, inilah masanya kita reward untuk diri sendiri setelah kepenatan bekerja seharian. JOM KITA BERSKRUB!

Mesti cuba!! 

2 comments:

  1. aiyaaa...nak cari biji kopi ni yang malas..hihihi...pakai serbuk je tak jalan agaknya eh?

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara