Assalammu'alaikum WBT.
Menggamit memori la pulak kan. Hehehe. Meh nak kongsikan gambar-gambar kenangan beraya dulu-dulu. Dari beranak sorang sampai lah dah beranak 3..hehe
HARI RAYA AIDILFITRI 2010


.jpg)
Tema warna masa ni adalah HIJAU. Masa ni Ayish Dayyan masih dalam peyut mommy lagi. Nampak tak peyut kita? Hehehehe. Gambar atas tu masa ada Rumah Terbuka Syawal Kelab ACT. Kakak tak ikut, nenek suruh tinggal kat Melaka selama seminggu. Sebab masa ni saya tengah mabuk teruk mengandungkan Ayish. Huhu...
HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Tema PINKY dinky gitu. Ayish baru 6 bulan kalau x silap. Masa ni masih boleh lagi buat kuih raya sbb Ayish tido je keje nya. Senang betul jaga dia. Adalah 3-4 jenis kuih raya saya buat, bagi mak n mertua sorang sebekas dua. Setiap tahun beraya pun simple dan serba sederhana je :)
HARI RAYA AIDILFITRI 2012



Tema 2012 warna kegemaran my dear, RED warrior. Saya dan kakak berkebaya, maklumlah dah lama x pakai kebaya kan. Hehehe. Comel mommy tgk kakak, manis je berkebaya. Ayish bambam pun kemain comei lagi berbaju Melayu n bersongkok. Dgn pipi bambam dia tu. Geram je mommy tgk awak. Hehehe. Masa ni kaki dah kuat berjalan. X reti nak dok diam. X larat nak ikut mana dia pergi, ikut suka nak berjalan nak pusing kot mane. dah dapat kaki gitu la kan..
HARI RAYA AIDILFITRI 2013





Tahun 2013 sambut Syawal dgn newborn baby, tak beraya pun sebabnya tengah berpantang. Baju raya pakai baju lama je pun, utk anak-anak yg meriah sikit. Kami suami isteri mengenakan baju berwarna hijau, anak-anak warna kuning. Saje je nak warna lain-lain, jemu pulak tengok sedondon je anak beranak. Hehe. Baby pun titun je. Kecik molek je baby masa ni. Banyak duit raya baby dapat. Sedara mara semua dtg ziarah. Alhamdulillah. Walaupun mommy pakai baju raya, tapi stokin berpantang tetap tak bukak tau. Hehehe
HARI RAYA AIDILFITRI 2014
Nak tau tema warna apa tahun ni? Stay tuned k..yang pastinya serba sederhana je. Lebihkan kat anak2, ni pun masih ade yg belum lengkap lagi. Rumah pun belum berkemas lagi, kuih raya pun belum sempat nak buat lagi. Ish ish..tahun ni x berapa nak rasa beraya sgt. Mungkin kesan dari tragedi-tragedi yg menimpa negara kita dan saudara kita di Gaza.. :(
Akhir sekali, saya sekeluarga mengucapkan:
SALAM AIDILFITRI 1435H
Mohon maaf zahir dan batin
Berhati-hati di jalanraya
Ingatlah orang yang tersayang
Footnote : Entry auto-published, kita cuti arini, nak settlekan keperluan yang belum complete lagi. Tapi Jumaat kerja semula. Sabtu Ahad kemas apa yang patut kat rumah tu. Raya pertama balik JB, rumah MIL. Singgah ke teratak bonda kt Melaka jap. Hehehe
SELAMAT HARI RAYA
ReplyDeletebanyak tema hijau :)
ReplyDeleteSalam Aidilfitri. Maaf zahir batin buat sue & family.
ReplyDeleteselamat hari raya sue
ReplyDeletemaaf zahir batin ye :)
Salam Aidilfitri dari lieyalatif & co.
ReplyDeletePohon maaf zahir dan batin….
Moga syawal dirai meriah dan diberkati….
suspen nya tema tahun ini..apapun selamat Hari Raya untuk sue Sekeluarga.... pohon kemaafan jika tersalah kata sepanjang perkenalan di alam maya ini.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat Suria sekeluarga..
ReplyDeleteBerhati-hati semasa dijalan raya ye ^__^
Assalamualaikum kak suria. lawa gak bila sedondon kann. sheila memang jenis pakai stoking luar dalam rumah. hahaha. dah habis pantang pun org still ingat kita tengah pantang. hihiiii dah ada anak, lebih utamakan mereka dihari raya.. hihiii
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Sue. Tak sabar nak tengok gambar sekeluarga untuk hari raya tahun ni.
ReplyDeleteTerima kasih semua yang tinggalkan komen. Maaf sebab lambat reply. Salam Aidilfitri buat semua :)
ReplyDelete