VVIP Yang Terhormat

7.7.14

BERBUKA PUASA : MASAK SENDIRI LEBIH ENAK

Assalammu'alaikum WBT.

Salam 9 Ramadhan 1435H kawan2. Maaflah dah lama x bersiaran. Tak tau la ape penyakit yg melanda sampai nak update pun xde semangat. 2 minggu lepas macam2 ujian dan dugaan melanda kami sekeluarga. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. InsyaAllah.

Hari ini masuk hari ke 9 umat Islam menyambut Ramadhan. Memang sudah lumrah apabila tiba bulan Ramadhan, stesen TV pasti berebut-rebut menyiarkan pelbagai rancangan yang sesuai dengan sambutan bulan puasa antaranya adalah rancangan masakan yang turut menjadi slot tayangan wajib.

Pengisian rancangan masakan dapat membantu dan memberi idea kepada penonton untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Di samping dapat menggalakkan orang ramai untuk memasak sendiri di rumah. Resepi dan tips yang menarik dan berguna yang dikongsi dalam rancangan masakan menjadikan penonton lebih yakin untuk memasak sendiri di rumah.

Banyak manfaatnya masak sendiri hidangan berbuka puasa di rumah. Ia memang menjimatkan di samping kualiti, keselamatan dan kebersihan makanan akan lebih terjamin. Alhamdulillah, pada tahun ni saya berpeluang untuk memasak dan berbuka bersama suami dan anak-anak. Tahun lepas tak berpeluang nak masak sebab dah sarat dan tunggu hari je nak bersalin masa bulan Ramadhan. Hehehe. Setiap hari saya akan memasak hidangan yang paling mudah, ringkas dan cepat dimasak. Tak perlu masak nasi dan banyak lauk hingga penuh satu meja pun sebenarnya.

Bulan puasa ni, kita makan pun tak banyak. Lebih-lebih lagi sewaktu berbuka, cukuplah sekadar minuman panas, buah kurma dan beberapa potong buahan. Kemudian bolehlah bersolat Maghrib. Selepas itu barulah makan makanan yang sedikit berat dalam kuantiti yang sedikit. 

Kalau nak tau, kami jarang-jarang makan nasi tapi masak jugaklah sikit untuk anak-anak. Diorang memang sgt berselera makan masakan saya. Alhamdulillah. Makan bertambah-tambah pulak tu. Si tomei Zayyan pun sama jugak. Kalau blend kan nasi, sayur brokoli, carrot, kentang dan hirisan ikan/ayam, sgtlah dia suka makan. Even makan tomato macamtu je, sikit pun dia x rasa masam. Relax je tengok muka dia habiskan tomato tu. Dasat la awak baby..mmg terbaik!

** Maaf kerana menyiarkan gambar ini. Tidak bertujuan utk mengiurkan korg semua **
Tengok je la my home-made chicken grilled kebab pita ni. Hubby makan sampai 3 keping. Si kakak yg pada awalnya nak makan setengah je, terus makan sampai habis. Masing-masing siap request nak lagi utk berbuka hari lain. InsyaAllah ye nak. Petang nnt mommy buat lagi ok kalau berkesempatan :)

Footnote : Semalam Ayish bambam makan banyak. Pas dah makan bubur lambuk, dia nak makan bubur chacha pulak. Pastu bila nampak saya makan sup ayam, dia mintak makan nasi pulak. Kemain selera lagi anak mommy ni makan ye. Hehehehe

19 comments:

  1. Betul tu Sue.. masak sendiri lagi sedap biar pun simple.. semalam anak akak minta gorengkan meehoon daging jer.. bertambah mereka makan..

    ReplyDelete
  2. mmg selera masak sendiri kan Sue..tambah pula kalau anak berselera makan..selamat berpuasa Sue :)

    ReplyDelete
  3. anum x sempat nk terjah mane2 bazar hari2 masak.hehe

    ReplyDelete
  4. Mmg sedap lg masak sendiri sebenarnya sue .. pastu mmg terjamin bersihlah sebab kita yg masak kan :)

    ReplyDelete
  5. SA pun prefer masak sendiri dari beli...hihihi...setakat ni lom pergi mana2 bazar ramadhan lg

    ReplyDelete
  6. amboi! banyak nyee aisyah mamam :)
    yup! masak sendiri lg bes
    mmg pent skit tp berbaloi la sbb kebersihn terjamin :)

    ReplyDelete
  7. nmpk sedap..nk juga lah kebab home made nanti..insyallah..

    ReplyDelete
  8. Masak juadah berbuka puasa ni tak perlu banyak mana. Perut cepat kenyang lepas berbuka. Akak pun masak yang mudah je, yang penting semua boleh merasa.

    ReplyDelete
  9. seronok dengar budak-budak suka makan kak. kalau tengok dorang makan pun dah kenyangkan

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. ye, kalau masak sendiri memang puas hati.. Tapi, Ros pun ada jugak ke bazar.. hihihi..

    ReplyDelete
  11. setakat hari ini, selalu masak jer walupun lauk simple

    ReplyDelete
  12. betul tu sis jnji msak sndiri. dpt kepuasan tu. kebersihan pon terjamin..
    selamat berpuasa sis :)

    ReplyDelete
  13. Betul tu. Masak sendiri gak yg puas hati. Tapi tu lah, kekangan masa tu. Pagi petang jalan sesak. Stress jer rasa. Nak tak nak terpaksa gak beli kat PARAM :-(

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak suria. wallahi sedap ohh tengok gambar makanan. hehhee memang lebih nikmat bila dapat makan masakan sendiri masa berbuka. hihiiii singgah menabung lazada sini~~~

    ReplyDelete
  15. masak lebih terjamin kebersihannya kan.. sedap pun sedap, hehe

    ReplyDelete
  16. betul tuh kak...masak sendiri lebih puas hati..kebersihan terjamin

    ReplyDelete
  17. ahlah dgn ujian ymelanda ye..mudahan sekarang dh baik2 saja.. lya pon lg suka msk sendri.. puas hati..lg pon kar bazar byk sgt mkanan y tercemar.. selain rancangan tv, dr blog2 pon leh bg idea memasak..

    kalo lya berbuka puasa wajib mkn nasi..mmg kna msak lauk pauk je la.. maybe perut org ganu kot mcm ni.. hehe

    ReplyDelete
  18. mmm..tengok gambar pon dh terliur....sedapnyer sue....

    ReplyDelete
  19. Betul tu kak.. Masak sndiri lg puashati.. Sy yng xpndai msak ni pun hentam aje la msak apa yng blh.. Jnji perut suami terisi..
    Seronok nya tgk ank2 selera mkan.. :)
    Semangat mummy nk memasak..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara