VVIP Yang Terhormat

30.5.14

SALAM TAKZIAH....

Assalammu'alaikum WBT.

Sayunya bila buka Facebook pagi ni. Masih dalam keadaan terkejut dan terperanjat. Setiap hari saya baca segala update dari Mak Dara tentang keadaan arwah suaminya, abg Martias Ali. Namun, bila terbaca status kawan-kawan blogger di Facebook beliau, saya terperanjat dengan berita pemergian Allahyarham. Arwah menghidap kanser darah (cancer lyphoma) stage ke-4. 

Baru je komen petang semalam, tgk2 pagi ni dpt berita sedih. Allahuakbar...siapalah kita nak menafikan takdir Ilahi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hari Jumaat yang penuh berkah ditambah lagi dengan berita menyayat hati ini. 

Mak Dara, kami sekeluarga mendoakan agar roh abg Martias Ali ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di akhirat kelak. Semoga Mak Dara tabah setabah tabahnya dalam menghadapi ujian yang maha hebat ini. DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga tempat kita kembali. Salam takziah buat Mak Dara sekeluarga. Al-Fatihah.... :'(

Pengumuman di FB Mak Dara malam tadi beberapa jam sebelum arwah suaminya pergi mengadap Ilahi..

13 comments:

  1. Salam Takziah buat MakDara....Al Fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  2. innalillah....
    moga roh arwah dicucuri rahmat
    dan moga keluarga arwah tabah hadapi ketentuan Allah...

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah. Bila tiba masanya, takkan sesaat pun tercepat mahupun terlewat. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Salam takziah buat Mak Dara sekeluarga walaupun tidak begitu mengenalinya.

    ReplyDelete
  4. memang berita yang mengejutkan..Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  5. innalillahh....alfatihah...moga rohnya dicucuri rahmat...amin

    ReplyDelete
  6. Alfatihah buat arwah.. takziah buat mak dara, berat mata kita meluhat.. berat lagi bahu mak dara memikul dugaan ni.. ya Allah.. teman masih meremang bulu roma bila terbaca post2 berkenan pemergian arwah.. sebab teman selalu berharap dan berdoa semoga arwah cepat sembuh, kita tahu lah apa perasaan mak dara kan, kita pun isteri.. isteri mana nak tengok suaminya terlantar sakit kan.. tapi akhirnya Allah menjemput arwah kembali ke Ramahtullah.. Allah lebih menyayanginya.. semoga mak dara tabah dengan dugaan ni..

    ReplyDelete
  7. Salam takziah buat Mak Dara dan keluarga.
    Moga Mak Dara tabah dengan dugaan ini.

    ReplyDelete
  8. memang terkejut sangat kan.. teman tak jangka pun arwah akan pergi sebab dia muda lagi.. tapi Allah lebih menyayangi nya..

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah... Rop pun dapat tahu dari fb masa tu...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara