VVIP Yang Terhormat

30.4.14

MOTIVASI DALAM BERDIET

Assalammu'alaikum WBT.

Sekadar perkongsian bagi yg sedang dan ada niat untuk mulakan diet. Meh kita baca perkongsian bersama dari ILuvIslam.

Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang.
Tekanan ini pula, apabila tidak dibendung akan menganggu fokus anda sekaligus akan merosakkan diet itu sendiri. Pada ketika ini, apa yang anda perlukan anda motivasi supaya terus berusaha sehingga matlamat program tercapai. Motivasi? Motivasi yang macam mana tu?

1. ‘Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘anda boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan anda.

2. Pelaburan untuk kesihatan
Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat dan tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh dikatakan rugi.

3. Secret admirer
Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan yang mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Lisa Surihani).
4. Baju-baju idaman
Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu saiz semasa korang adalah XXXL.

5. Model-model
Buat lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Miranda Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari majalah. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu!
…one of Kevin’s pictures when he was still modeling, oh so long time ago…

6. Kawan baru
Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.

7. Pencapaian anda sendiri
Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.
8. Bayangan masa hadapan
Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak?

9. ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.

10. Berasa semakin sihat
Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.

Footnote: Start enjin utk BW kawan2. Hehe. Ampunkan saya..dah lama x melawat rumah kawan2..

15 comments:

  1. nice info thank need this..mood tgh berdiet baju idaman berkebaya di hari raya..hahaha

    ReplyDelete
  2. yang penting hati nak kena kental babe... he he he...

    ReplyDelete
  3. Tq sharing... Akk mmg tgh diet gak skrg nie...hihihi

    ReplyDelete
  4. Selamat berdiet sue. Biar berdiet secara sihat ☺

    ReplyDelete
  5. good luck...makin semangat dgn kata2 peransang dan support dari semua kan...

    ReplyDelete
  6. very gd tisp ni sue.. hehehe, kena kuatlah !

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak suria. chaiyok2 dalam usaha nak berdiet. hehe yang paling best part cheat day tu. hihi singgah menabung libresse sini~~~

    ReplyDelete
  8. Banyak kata2 motivasi dan tips...munkin paling tidak satu dua..kalu diamalkan bolih menjadi...

    ReplyDelete
  9. mase lieya buat diet mmg nilaah antara yg lieya ikut sue...mmg betul sgt2 info yg sue share nieh....

    ReplyDelete
  10. tips dan info yang menarik tuk sesiapa yang nak berdiet....insyaallah moga berjaya...:)

    ReplyDelete
  11. hi mummy cantek... wowwwwwww tips diet ni...i nk jgk amalkan...hihih maaf ye lame tak singgah cni :)

    ReplyDelete
  12. Betul tu Sue, memang susah nak mendisiplinkan diri kalau tak sungguh-sungguh. Mana nak tahan melawan nafsu makan ni... Akak pun nak cuba diet gak tapi takdalah yang drastik sangat, sampai nampak makanan idaman terus merangkak kebuluran :)

    ReplyDelete
  13. nak tnjuk kat suami hihi
    dia nak berdiet..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara