VVIP Yang Terhormat

18.6.13

36 WEEKS PREGNANCY CHECK-UP

Assalammu'alaikum WBT.

Lebih kurang tinggal 29 hari sahaja lagi to my EDD. Nervous jugak sebenarnya ni. Jiran sebelah rumah parents saya (kawan satu sekolah dulu) dah pun selamat bersalin baby boy last week. Kawan blogger Mimi Fadzlyana pun dah selamat bersalin baby girl pukul 8 pagi tadi. Congrats korang! Now, saya pulak yg masih tgh menghitung hari...dupdapdupdap
Results dari 36 weeks pregnancy check-up:

Berat bayi : 2.8 kg
Kedudukan bayi : Kepala dah berada di laluan
Kedudukan uri : Sebelah kepala (tidak menghalang laluan)
Denyutan jantung bayi : Normal
Usia keratan rentas kepala bayi : 36 minggu 1 hari
Usia tulang kaki bayi : 36 minggu 2 hari
Usia keratan rentas perut bayi : 35 minggu 6 hari
Pergerakan bayi : Normal
Tekanan darah ibu : 116/66 (normal)
Berat ibu : Naik 500 gram


Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna kami.

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)  

Sumber : BabyCenter


Footnote : Urusan pertukaran sekolah kakak ke Melaka telahpun diuruskan. By next week, kakak akan start bersekolah di SK Ayer Keroh, Melaka. Bambam pulak akan diasuh oleh nenek dan makcik2nya kat Melaka. Alhamdulillah..lega rasanya bila semuanya dah settle. Xdelah mummy & babah risau sgt pasal anak-anak bila kami dlm mode standby ke hospital in case tiba waktu nak bersalin.

18 comments:

  1. ish tak lame lagi yeak sue...bedebau2 plak lieya bace...kalo lieya sendiri preggy, anak dah 3 pun tetap rase cuak kan....bedebar2 menanti sakit bersalin....alhamdulillah kelebihan kite sebagai wanita tuk penghapus dosa2 kecil....ape 2pun moga semua dipermudahkan....

    bagus sue urusan sekolah anak2 pun dah siap ...senangkan...takde laa keje last minit.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks lieya. sue nervous sgt2 ni, nak2 bila dah semakin hampir tarikhnya. huhuhu. alhamdulillah. tapi kitorg plan hantar diorg blk kmpg hujung bulan ni. mana la boleh berpisah lama2 dgn diorg kan. kerinduan pulak nnt. huhuhu

      Delete
  2. lepas sue, MQ pulak.. take turn kan kite... jgn2 MQ saing sue tak pun MQ dulu.. skrg MQ 33w... semoga dipermudahkan ye.. jgn lupe update tau..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Moga selamat semuanya...

    ReplyDelete
  4. wah...dah makin dekat...aku pulak yg berdebar...huhu...

    take care nok...semoga semuanya dipermudahkan...amin...

    ReplyDelete
  5. comelnya mummy ni.. =)
    tak sabar nak tgk bby baru..

    ReplyDelete
  6. moga dipermudahkan segala urusan... :)

    ReplyDelete
  7. macam manalah rasanya ye saat2 baby tu keluar.. tak dapat dibayangkan betapa sakitnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes boni. mmg sakit yg teramat. wanita yg melahirkan bertarung nyawa utk keluarkan bayi dari rahimnya. xpe, nnt kalau boni dah beristeri dan bila bakal bergelar bapa, pasti akan lalui proses seperti kami juga

      Delete
  8. mogs dipermudahkan yer sue !

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillahl. Semuanya dipermudahkan olehNYA. Tak sabar nak tgk baby.

    ReplyDelete
  10. x sabar nak tgk baby baru sis nanti :) semoga semuanya selamat

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara