VVIP Yang Terhormat

6.3.12

Rentetan Tragedi Itu....Kini, Saya Trauma... :'(

Usia 11 bulan mu yg penuh dugaan..kali ini Allah betul2 mahu menguji kami sebagai ibu bapa..kami tetap bersabar dgn segala ujianMu kerana yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini..

RENTETAN TRAGEDI ITU.......

Awal Februari

Cuti yg lame saya spend di rumah saje..beberapa hari selepas pulang dari bercuti, saya hantar baby ke taska seperti biasa..sebelum menghidap 'penyakit' ini, baby demam lagi selama 3-4 hari, saya ambil cuti lagi..siang saya jaga, malam babah dia jaga pulak..kemudian hantar ke taska seperti biasa..then, demam lagi..kemudian, saya stop hantar selama seminggu..bila dah pulih, saya hantar semula ke taska..kemudian.............

16 Februari 2012 (Khamis) 

masih ceria dan lasak seperti biasa..x menunjukkan sebarang kesakitan...
Saya mendapat sms dari pihak taska mengatakan my baby start muntah2..kebetulan mase tu dh pukul 3pm, so saya tunggu hingga jam 5ptg..then, bergegas ambil baby kt taska dan bawa dia ke klinik panel berdekatan dgn rumah..paed amik darah, ujian dari darah baby sihat, tiada sebarang penyakit ganjil sbb baby msh kelihatan aktif dan ceria seperti biasa..paed bekalkan ubat tahan muntah, antibiotik dan demam..tapi malam tu muntah jugak tambah lg dgn cirit birit..saya continue dgn ubat yg paed bagi..

17 Februari 2012 (Jumaat)
Saya tak hantar baby ke taska, jaga di office 1/2 hari then bwk baby berjumpa dgn Doc Su..Doc Su pun buat benda yg sama..amik darah baby..tp mase ni baby dh start cirit birit..suhu agak tinggi 38.5 degree..Doc bagi jugak ubat tahan muntah n cirit yg msk ikut montot tu..tp menurut Mommy Jue yg jaga baby kt workstation dia ckp yg baby dh nmpk x bape sihat..coz nmpk x berapa aktif..

Saya teruskan bagi ubat mcm biasa..muntah dan cirit birit msh ok, x teruk sgt..mlm tu baby tido mcm biasa..tp 2 pagi dia bangun smpi subuh dia x tido..babah jaga dia coz nk bagi mommy rehat dh berjaga baby dr siang lagi..dh pukul 5 pagi, tp baby tetap berguling2 jugak..x menunjukkan dia mengantok..sesekali terdengar dia merengek2..kami bagi jugak air glukose dan susu sbb dia nmpk sgt haus..mase ni virus dah merebak ke seluruh sistem imun tubuh baby..

18 Februari 2012 (Sabtu)

hati kami sayu melihat keadaan baby...
Pas subuh, kami bersiap2 nak bawa baby ke Pakar Pedriatik, Dr Adrian kt Hosp Gleneagles KL..mmg pecut la saya bawak sbb melihat keadaan baby yg semakin lemah..sampai2 je, saya minta tlg sgt2 utk potong Q coz baby getting weak..sayu hati lihat keadaan dia..badan semakin kurus dan muka semakin mengecil coz dh dehydration..Dr Adrian tanpa berlengah lagi bergegas bawa ke Emergency dan bagi suntikan antibiotik dan drip water+sodium..saya terus menangis dan menangis..xtau nak ckp cmne perasaan bila tgk keadaan baby mcm tu..kakak pun menangis jugak..dia tgk adik sakit mcmtu, dia pun menangis n peluk mommy..


Dr Adrian mengambil spesimen najis baby dan bawa ke makmal..baby disahkan "positif rotavirus"..antara penyakit yg digeruni oleh ibu bapa masa kini..serius, mmg virus ni menular ke seluruh badan baby sekelip mata je..bila dpt tau baby menghidap sakit ni, airmata saya x putus2 berlinang..Doc Adrian bgtau buah pinggang baby gagal berfungsi..sbb tu bagi minum air, then muntah n kuar kt punggung baby, x melalui saluran pundi kencing coz buah pinggang dh x boleh proses..rase mcm nk pengsan! luluh hati mommy lihat keadaan baby..tapi Doc Adrian ckp, baby kuat..baby awk mmg kuat lawan penyakit ni..dia x nangis pun bila doc bg injection n masukkan tiub kt peha kiri n saluran kencing dia..


Dr Adrian mengambil beberapa maklumat sebelum kejadian ni..baby stay kt mane, taska or rumah BS..berapa hari demam..bila start muntah n cirit birit..saya jawab segala pertanyaan dgn sejujurnya..coz Doc nak rekod n nak ambil tindakan sewajarnya..saya bgtau, segalanya bermula dari taska..Doc pun suspect dpt virus ni dari taska..memandangkan ramai anak2 dihantar ke taska..mmg di taska mudah berjangkit penyakit mcmni..ok then dah clear punca..

18 Februari 2012, 2 petang


Syukur alhamdulillah..Kami dibenarkan melawat baby di Wad Emergency..melihat keadaan baby, hati mommy jadi sayu dan sebak..mommy pegang tangan baby dan memohon maaf pd baby..mungkin mommy dan babah lalai dlm membesarkan baby..semoga ini adalah pertama dan terakhir utk anak2 mommy (InsyaAllah...moga2 dijauhkan dr sebarang penyakit...) mommy usap kepala baby, agar baby rase selamat berada di sisi mommy..mommy xnak kehilangan baby..syukur alhamdulillah, baby dh kembali menangis seperti biasa..sedangkan masa dia sakit, airmata pun x keluar sbb air dh kering dlm badan..

Baby ditransfer ke CCU kerana Doc perlu monitor directly..di CCU kami tidak dibenarkan melawat dan berada dgn baby..kami hanya dibenarkan melihat dari luar cermin..sedih, sayu dan pilu! hanya itu yg mampu saya gambarkan betapa sedihnya melihat keadaan baby yg dahulunya ceria, lasak dan manja...

Saya sedih bila melihat wayar dan tiub di badan baby..wayar di kiri kanan badan, 2 saluran tiub di peha kiri, tiub di saluran kencing, tiub di tangan kiri dan tiub di hidung utk membantu pernafasan baby..sedih sgt melihat keadaan dia..

Mase ni saya keep calling my parents kt Melaka dan kawan2 rapat esp Mommy Jue dan Nurul Iza yg banyak mengambil berat ttg keadaan baby..mereka suruh update keadaan baby..mase ni betul2 menguji kesabaran saya..kedua2 handphone saya kehabisan bateri! Saya diuji lagi...sabar dan sabar...maaflah kpd kwn2 yg cuba contact saya tp x dpt..

18 Februari 2012, 4 petang


Kami mohon utk transferkan baby ke Hosp Kuala Lumpur..alhamdulillah, paed benarkan baby ditransfer ke ICU Unit Pedriatik HKL..pengalaman pertama menaiki ambulans with sirens..baby menangis dan merengek..mungkin sakit di bahagian yg ada tiub2 tu..bius dah abis barangkali..sedangkan kita yg dewasa ni terasa sakit, apatah lagi baby yg masih kecil..

Ditempatkan di ICU buat beberapa jam kerana paed di HKL perlu buat beberapa ujian dan nak monitor keadaan baby..kami menanti di luar dgn penuh sabar..sesekali paed panggil masuk utk mengetahui lbh lanjut dari mana punca virus ini..paed bgtau yg dia mengambilmaklum berkaitan kes rotavirus ni dan akan menghubungi Kementerian Kesihatan bagi mengeluarkan notis penutupan sementara taska yg dimaksudkan..

Then, abah dan mak tiba di HKL..berlinang air mata melihat kehadiran mereka, saya dakap mereka sekuat hati utk kembalikan semangat saya yg telah hilang..

18 Februari 2012, 8 malam


Baby ditempatkan di Wad KK1, Bilik 9, Unit Pedriatik...tinggal di satu bilik seorang memandangkan keadaan baby yg masih lemah dan belum stabil, jadi paed asingkan dari kanak2 yang lain..dikhuatiri berjangkit..kerana rotavirus mudah berjangkit melalui najis, air liur dan muntah..semakin hari, baby semakin aktif dan ceria seperti biasa..dah boleh makan dan minum susu seperti biasa..syukur alhamdulillah..


Masa ni doc keep on monitor baby..mmg saya dan hubby x cukup tido sbb on standby takut baby nangis nak air garam n susu..doc soh bagi baby minum susu or ape2 air yg baby rase dia nk minum..alhamdulillah, bagi ape air pun dia minum (air garam, susu or air masak)..yg plg kesian bila tiap kali doc nk amik darah baby..time tu mmg saya simpati sgt2 kt baby..sekali je saya kena teman baby kt bilik rawatan..mase tu dia menangis kejap je sbb saya ada di samping dia..sebelum2 ni, paed yg bawa dia ke bilik rawatan, terus dia meraung..tp mmg sakit pun bila amik darah tu..saya n dear hubby sendiri pun x tahan, apatah lagi baby yg masih kecik..

20 Februari 2012 (Isnin)


Baby dipindahkan ke Wad KK1, Bilik 4 coz doktor tgk baby dah semakin aktif dan cergas spt biasa..doc cuma nk pantau muntah n cirit dia je..so far, still ade cirit lagi..tp semakin berkurangan..doc ckp ni adalah kesan dari ubat yg msk dlm badan, nk neutral kan semula sistem imun badan..syukur alhamdulillah, gembira hati saya tgk baby dah semakin sihat spt biasa..cuma sesekali merengek pagi tu mak abah dtg semula dari Melaka..jadi, sementara baby tido mak abah soh saya tido kejap sbb dorg tgk saya x cukup tido..

Doc bertugas tgk kesihatan baby semakin pulih..so, dia benarkan baby pulang slps lunch..alhamdulillah..kami sgt2 bersyukur kpd Allah SWT kerana tlh memberi peluang kpd my lil' baby sihat seperti biasa..xtau nak gambarkan perasaan saya mcmane mase tu..

Jadi, buat masa ni mak abah akan menjaga kakak dan baby di Melaka..kami terpaksa berjauhan buat seketika..ini utk memastikan kesihatan baby benar2 pulih kembali seperti sediakala..insyaAllah..saya nak baby betul2 sihat, mungkin saya tidak akan menghantar baby ke taska ni lagi..saya akan cari seorang pengasuh yg hanya menjaga 2-3 orang budak sahaja..itu adalah lbh baik..biarlah kita berhabis sedikit duit demi kesihatan dan keselamatan anak2...moga sentiasa dilindungi..insyaAllah..


APA ITU ROTAVIRUS....

Cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak biasanya 5 tahun kebawah.
Tanda-tanda Penyakit Rotavirus



* Demam yang berlarutan
* Cirit-birit air
* Muntah tanpa henti
* Dehydration
* Sakit segala otot dan sendi/cramp
* Mata cengkung
* Kulit kasar/kering
* Bibir kering/pecah2
* Air kencing kurang
* Kesukaran utk tidur

Bagaimana Rotavirus Tersebar

Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.

Cara Mencegah Penyakit
* Bayi anda diberikan vaksin Rotavirus. Diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
* Jaga kebersihan kawasan rumah especially sekiranya ada bayi kecil kerana mereka mudah terkena jangkitan (sistem imun masih di peringkat yg rendah)
* Ajar anak-anak basuh tangan sebelum makan

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT!
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara