VVIP Yang Terhormat

7.6.12

Berkelah di Sungai Kanching

Tarikh : 26 Mei 2012
Tempat : Hutan Lipur Sungai Kanching, Rawang



LOKASI:Rawang, Selangor. Terletak 7km dari Pekan Rawang, 23km dari Kuala Lumpur dengan melalui jalan Kuala Lumpur - Rawang.

HUTAN LIPUR KANCHING terletak di Hutan Simpan Kanching yang mempunyai jenis Hutan Diteroka Pamah dan Bukit. Hutan lipur ini terletak lebih kurang 2km dari Templer Park. Keunikan kawasan ini ialah mempunyai 7 strata air terjun yang cantik. Pada setiap strata air terjun terdapat kolam yang cantik dan sangat sesuai untuk mandi-manda. Pengunjung-pengunjung boleh juga berkhemah dan menyusuri denai hutan sambil menikmati suasana hijau di sekeliling air terjun.

KEMUDAHAN awam turut disediakan seperti tempat letak kereta, tandas awam dan surau. Di samping itu juga kawasan mandi yang disediakan sesuai untuk aktiviti perkhelahan secara berkumpulan. Plot demontrasi juga disediakan untuk tujuan pembelajaran.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengnkutan awam seperti bas dan teksi dari Pekan Rawang ke Kuala Lumpur.

RUJUKAN :
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 112).
 





Actually, perkelahan ni x dirancang. Last min plan sbb dah lame x bawa anak2 beriadah mandi manda cmni. Cuma, saya sempat la masak spageti, nugget tempura dan sandwich. Bahan2 beli Jumaat malam Sabtu tu jugak. Balik terus masak kuah spageti.

Pada mulanya, bam bam agak ketakutan sbb ni adalah pengalaman pertama mandi manda di air terjun. Sebelum ni hanya di kolam mandi dan pantai saje. Biasalah tu, budak2 lah katakan. Hihihihi. Si kakak xyah cakap lah, too excited bila ckp nak pegi mandi air terjun (dia tu sebut ape pun semua dia suka. :D )

Tapi bila dah lame2, dah bukak baju dia, seronok! Siap gelak2, main tepuk2 air lagi. Yg paling memeranjatkan kami, dia letak muka dia kat air tu dan buat bubble! Sikit pun dia tak takut. Kami ajar la dia sikit2 supaya dia tak takut dgn air. Sedangkan Bella anak angkasawan negara kita tu pun diorg ajar menyelam, dia sikit pun tak takut. Inikan pula kita, pasti kita nak yg terbaik utk anak2 kita kan. Nak ajar mereka supaya tidak terlalu manja dan jadi seorang yang BERANI!

Footnote: Jaga-jaga apabila korang ke Sg Kanching ni. Sbb monyet banyak! Diorang akan ushar pengunjung yg baru tiba. Tapi jgn risau, mereka hanya nak makanan je. Setakat ni belum ade kes serangan monyet di situ.

14 comments:

  1. salam kenal
    tentu syok kan.. tp aksk x brani lg bw anak2 p main air terjun. . palung2 p taman tema jer.. anak2 lasak btul. ..

    ReplyDelete
  2. best kan kalau dapat berjalan-jalan ngan family.

    ReplyDelete
  3. Salam Qistina,

    Wah bukan main seronok budak2 tu ekk.....

    Betul kena ajar anak2 supaya tak takut dgn air sejak kecil...kalau tak, jadi macam mummy ini yg penakut air...hehehhe..., maklumler tak reti berenang...

    ReplyDelete
  4. kami laki bini mmg suka pegi air terjun, tapi lately ni aku ada ajak hubby n anak2 gi air terjun Gabai, hubby reject ko...dia ckp sekarang takut byk wabak kencing tikus kat air2 terjun ni...huhu...

    p/s: Sg. Kanching ni dah dekat sgt ngan umah aku nok...10 minit dah sampai...

    ReplyDelete
  5. bestnyer mandi manda.....
    pernah sampai sekali jerk, tu pon time hujan, so x sampai air terjun kami dah balik... time tu masih lagi berdua... hihi

    ReplyDelete
  6. AIMAN IMAN: mmg syok kak. kami mmg suka kehijauan alam semulajadi ni. damai dan tenang je tmpt2 cmni. salam perkenalan juga. thanks sbb sudi singgah blog saya yg x seberapa ni :D

    ADYLIA QARISSA: yup..the greatest moment time! :)

    ReplyDelete
  7. MIXED FAMILY IN DA HOUSE: hihi..mula2 dia takut, tp lame2 dh ok. nak kena ajar supaya x jadi penakut air dgn cara mcm ni. kena selalu bwk tempat2 yg mcm ni, baru best. nak2 anak lelaki kan. hihi..

    KAK WAHIDA: tu la, ade dgr mcm2 kes tu. tp tawakal pd Allah agar perkara sebegini x berlaku, minta dijauhkan. huhu..kami plan ni pun last min, klau x mmg nk terjah rumah akak..hehehehe

    ReplyDelete
  8. MASZMADI: kami mmg suka mandi manda ni. weekend ni plan nk pegi lagi.. :D

    ReplyDelete
  9. SALAM..pertama kali melawat blog nihh..damai nyeer tengok pic-pic tuu..aktiviti yg menyeronokkan bersama famili...

    ReplyDelete
  10. owh bestnya dapat berendam dalam air yang sejuk...

    ReplyDelete
  11. JEMBALCASTLE: salam perkenalan. thanks for blogwalking here. :)

    MAMAEMA: best sgt! sejuk damai je

    ReplyDelete
  12. lame tak g air terjun..best nye!! seronok bdk berdua tu ye.. mak & bapak bdk pun teruja nmpk..hiks :p

    ReplyDelete
  13. Singgah sini! Bestnya mandi manda..cikCT duk Rawang tp blom penah ke sg.Kamching..selalunya pegi sungai2 area Kuala Kubu Bharu atau Ulu Yam je..:):)..;)

    ReplyDelete
  14. IEDA: best! anak2 la yg plg seronok skali. kami layankan aje sbb dh lame x bwk diorg beriadah kt tmpt cmni.

    OURLITTLEBOOKWORM: ikutkan plan mmg nak ke ulu yam/sg gabai dan kaw sekitar sane. tp terasa mcm jauh, tu yg tukar plan ke sg kanching ni. hehe :D

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara