VVIP Yang Terhormat

11.5.12

Tips Menambah Unsur Romantika Dalam Rumah Tangga

Antara punca kita dianggap membosankan pada mata pasangan kerana kita tidak bijak mengambil hati mereka, kita tidak cuba menyenangkan hati mereka dan berkemungkinan kerana dia sudah ada insan lain yang sedang menyulam cinta baru.

Dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ini, pasti kita sebagai pasangan suami isteri inginkan yang terbaik apabila berada di bawah satu bumbung, di bawah mahligai yang dibina.


Berikut adalah tips bagi menambah unsur romantika dalam rumah tangga:

1. Jangan lupa sentiasa berpenampilan menarik setiap masa kerana penampilan sangat penting. Pasti suami anda mahukan anda sentiasa kelihatan cantik!

2. Pikat hati suami dgn masakan anda yang enak dan menyihatkan. Air tangan seorang isteri sgt berharga. Jadi, rajin2lah ke dapur ye.

3. Jaga kesihatan suami dan begitulah sebaliknya. Kesihatan adalah kunci utama dalam setiap diri individu. Bila sihat, otak pun cerdas, badan pun cergas!

4. Bertutur dengan bahasa yang baik. Kurangkan leteran kepada si suami, bercakap pun dalam nada yg lemah lembut. Berbincang pun haruslah dalam keadaan yang tenang.

5. Bersolat jemaah bersama-sama. Dengan cara ini, boleh merapatkan lagi hubungan antara suami isteri. Bercinta dan berkahwin semata-mata kerana Allah SWT. Barulah hidup aman damai dan harmoni.

6. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Rajin2lah jenguk ibu bapa anda di kampung ya!

7. Kukuhkan ekonomi kerana faktor ekonomi juga boleh mempengaruhi kemesraan suami isteri. Sekiranya mempunyai kelapangan, tak salah sekiranya suami isteri membuat part-time job utk mendapatkan extra income. Demi masa depan keluarga dan anak2.

Sumber artikel dari : Majalah MIDI

4 comments:

  1. semuanya betul.. tapi kena kerjasama dua pihak

    ReplyDelete
  2. BABY (MAMA AMANA & ARIEF):
    betul tu..kedua2 pihak kena main peranan bagi memastikan keharmonian rumahtangga terjamin.. :D

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak sudi share..
    kne simpan entry ni sampai shark kawin:

    ReplyDelete
  4. SHARK:
    sharing is caring!
    bila la tu agaknye ye..jgn lupa jemput kak sue tau..hehehe :P

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara