VVIP Yang Terhormat

17.5.12

Jom Kurangkan Berat Badan!

Sebenarnya, ada 3 faktor utama untuk kita berjaya dalam usaha mengurangkan berat badan.

DIET
Diet yang betul amat penting sekali untuk kita mengurangkan berat badan.Jika kita mengawal diet yang betul, lemak-lemak yang tersimpan dalam badan akan digunakan bagi memastikan kegiatan harian dapat dilaksanakan. Jika diet yang salah, semakin banyak lemak-lemak akan tersimpan dalam badan.

Sumber : Google

SENAMAN
Senaman juga penting. Senaman ini bertujuan memaksa badan kita menggunakan lemak yang terkumpul dalam badan untuk digunakan. Lemak yang digunakan ini ditukar kepada tenaga bagi memastikan badan kita dapat menampung aktiviti senaman yang kita lakukan.

KONSISTENSI
Konsistensi adalah paling utama dalam usaha kita mengurangkan berat badan. Konsistensi juga adalah semangat yang keluar dari badan kita untuk berusaha lebih hebat dalam proses mengurangkan berat badan. Diet yang betul, senaman yang kerap dan kosistensi memainkan peranan penting dalam usaha kita mengurangkan berat badan.

Sebenarnya, selain bertujuan mengurangkan berat badan, berdiet juga amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Tanpa diet yang seimbang, akan menyebabkan diri berisiko untuk terkena penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis dan juga gout.

Sumber : Google
Apakah makna diet yang seimbang?

Diet yang seimbang bermaksud makanan yang diambil sama dengan jumlah tenaga yang digunakan. Sebagai contoh, jika setiap hari kita menggunakan jumlah tenaga sebanyak 1200kJ maka makanan yang harus diambil adalah sebanyak 1200kJ juga.

Adalah tidak sihat jika pengambilan makanan melebihi jumlah tenaga ingin digunakan seharian. Itu akan menyebabkan seseorang mudah mendapat obesiti iaitu kegemukan.

Sumber artikel dari : www.RahsiaDietWanita.com

9 comments:

  1. aku sentap ngan n3 ni sbb aku tak mengamalkan diet yg tak seimbang....huwaaaaaa!!!

    ReplyDelete
  2. Alahai.. Abe dah lama pasang niat nak diet sama Xcercise. Tapi semuanya tak jalan.. susah sungguh untuk melakukannya. Camner hah?..

    ReplyDelete
  3. KAK WAHIDA:
    huhuhu..jom kita amalkan diet yg seimbang.. :))

    ABE NAZRI:
    hehehehe..semua tu bergantung kpd individu sebenarnya..nak dgn xnak je..saya akan kongsikan tips2 tu kemudian nnt..yg saya kongsikan hari ini, adalah basic sahaja.. :D

    ReplyDelete
  4. ida pon nk diet gk tp asek x knsisten jer sbb jrg2 bsnm wlopn mkn ns 1x shri jer...huuu

    ReplyDelete
  5. asalam... nasihat yang baik turr ... tapi saya payah nak buat ... adussss

    ReplyDelete
  6. saya dah 15 kali try diet.selalu hancur di tgh jalan...hehe

    ReplyDelete
  7. IEDA:
    hehehehe..kena kuatkan azam, baru bole berjaya! all the best dik :)

    PELABUR EMAS PERAK:
    Wkumsalam..actually, bkn nk kurus sgt pun kan..tp nak kena maintain BMI supaya x overweight/obesiti..harus seimbang dan sesuai dgn ketinggian..

    LIZA RAZAK:
    ngeh ngeh..saya mula2 dulu pun susah jugak..tp now dh biasa ikut diet mcmni, dh terbiasa..bila bdn dh naik, mula la cari mcm2 formula..nak2 bila dh beranak pinak ni lg la nk kena jaga n menten..utk suami juga.. :))

    ReplyDelete
  8. bila kerja..nak buat senaman tu tak ada masa..nasib baik ada PB..hehehe

    ReplyDelete
  9. MAMA EMA:
    saya pun pengguna setia PB..tapi di samping pemakaian PB, kita perlu juga jaga makan & bersenam..klau pakai PB, tp x jaga makan dan bersenam, x berkesan utk turunkan berat badan.. :))

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara