VVIP Yang Terhormat

27.1.12

Cermin Diri : Mendirikan Solat


Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan padamasa lainnya kamu lupa padaNya. Jika sembahyang mu 10 minit, cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya. Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadanya?

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
bagaimana lafaz ikrar mu kepadaNya. Tulen atau hanya sebutan dimulut sahaja. Sama seperti burung kakak tua yang petah berkata-kata?

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padaNya yang telah memberi rezeki kepadamu, menampung keluargamu , membeli rumah , kereta dan sebagainya.. .tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman-teman mu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu mendirikan solat lim a waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu mu, kelulusan mu, amal ibadah mu dan kehebatan mu berhujah. Sedangkan kamu belum tahu adakah Allah redha dengan apa yang ada di sisi mu itu.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh mu, menggunakan wang ringgit atau kuasa pangkatmu untuk menjatuhkan mereka yang kamu tidak suka.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wang mu untuk bersedekah ke jalan Allah dan berzakat kepada mereka yang memerlukan kerana takut wang kamu akan habis.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada teman mu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji atas usaha bersungguh-sungguh mereka. Sedangkan kamu berkerja hanya seperti melepas batuk di tangga kerana gaji. Berperasan gigih..

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan hak keluarga mu yang di rumah. Rezeki dibawa pulang untuk mereka langsung tidak dikira sumber halal haramnya.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih merungut dan mencaci maki apabila ditimpa musibah. Walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datangnya daripada Allah. Tidakkah kamu fikirkan kepada siapakah kamu mencaci itu??

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
majlis kulliyah ilmu untuk bekalan akhirat diabaikan tidak sepertimana mengejar ilmu duniawi mu. Muhasabah diri segera sebelum terlewat. Jangan hanya di akhirat nanti baru kesedaran.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah dengan mata hati jiwa..selamat beramal!

* Sumber dari: Biro Agama & Kerohanian, Kelab MATRADE

7 comments:

  1. ya allah....
    moga saya tidak tergolong dalam kumpulan begitu...

    ReplyDelete
  2. moga dijauhkan sifat begitu..amin~
    thanks for sharing~ ^^,

    ReplyDelete
  3. Mimie: semoga ibadah kita diterima Allah SWT..insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Kak Wahida: hehe..kt foot note tu ade tulis sumber dari..kihkih..sharing is caring kan.. :)

    ReplyDelete
  5. kene berubah ni..saya insan yang sungguh lemah bab2 agama ni.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara