Salam semua..aiseh..lame bebeno rasenye x hapdet blog yg dh bersarang spider ni..bkn ape, lately ni kesihatan agak kurang memuaskan.."kesukaran tidur malam"..ya, itulah yg aku alami sekarang..kdg2 langsung x boleh tidur, kadang2 tidur setakat 2-3 jam je..bayangkanlah kalau "kesukaran tidur malam" ini berlaku pada weekdays..Allah je yg tau perasaan dan emosi ku ketika ini..agak "stress" jugak..tapi aku cuba lenyapkan pemikiran2 negatif di kala ini..tamo dah stress2.. (senyum..x perlu kata apa2)..
Sebelum tidur, aku akan pastikan aku berdoa pd Allah agar diriku dan bayi ini dilindungi serta dijauhkan dari jin dan syaitan..mengamalkan Surah Al-Fatihah, Surah 3 kul dan Ayat Kursi jua menjadi amalanku sebelum aku melelapkan mata..Dan aku pernah merujuk kepada seorang pakar sakit puan berkaitan kesakitan di bahagian abdomen..ya, mmg runsing..nak2 bagi mereka yg hamil buat pertama kalinya..maklumlah, lain org, lain pengalaman mengandungnya..buat yg pertama kali hamil, biarlah aku kongsikan sedikit pengalaman dan info berkaitan permasalahan ini..
Adakah wanita yg hamil merasa sakit di bahagian abdomen bawah dikira normal?
Untuk pengetahuan semua, mmg ramai wanita hamil yg mengadu sakit perut hingga menyebabkan kesukaran utk tidur terutama di waktu malam. Bayangkan dgn penambahan berat bayi beberapa kg di dlm abdomen, sudah tentu ianya memberikan suatu keadaan yg tidak selesa dan tidak menyenangkan.
Selalunya, 'ketidakselesaan' ini tidak merbahaya, namun adakalanya ianya adalah tanda awal kpd masalah yg besar. Ianya boleh jadi berkaitan dgn kehamilan, namun ada juga kesakitan yg tiada kaitan langsung dgn kehamilan. Ini bermakna wanita yg tidak hamil juga mengalaminya.
Namun begitu, jika 'ketidakselesaan' ini atau kesakita pada abdomen ini berpanjangan, jgn dibiarkan. Bukan saja ia mungkin boleh menyebabkan bahaya kpd ibu yg hamil, malah kpd bayi yg berada dlm kandungan.
Antaranya ialah kesakitan abdomen berserta dgn sakit yg memulas-mulas yg berulang-ulang dan berlarutan beberapa lama, pendarahan dari faraj sama ada sedikit (darah bercampur lendir atau spotting) atau darah yg banyak, sakit perut berserta demam dan menggigil, keluar lendirian banyak yg keluar dr faraj, atau kesakitan abdomen ketika kencing serta rasa loya dan muntah.
Adakah ianya tanda serius?
Antara sebab ketidakselesaan di bahagian abdomen yg merbahaya ialah kelahiran pra-matang. Keadaan ini berlaku tanpa sebab, apabila rahim mula mengecut (contraction) dan pangkal rahim (cervix) mula mengembang dan membesar sebelum umur kelahiran 37 minggu. Jika tidak dikawal, ini menyebabkan bayi di dalam rahim akan keluar sebelum tiba masanya. Sekiranya 'ketidakselesaan' atau kesakitan pd umur kehamilan sebelum 37 minggu, segeralah berjumpa dgn doktor.
Tanda lain bagi kelahiran pramatang ialah keluarnya lendiran dari faraj sama ada ianya berbentuk lender pekat, cecair yg cair atau bercampur darah. Asalkan lendir itu keluar dari faraj pada wanita hamil, ianya merupakan tanda yg tidak baik. Apatah lagi darah yg keluar merupakan darah yg merah, ianya lebih membimbangkan.
Satu lagi kes yg serius ialah keadaan yg dinamakan sebagai "placental abruption". Ianya amat serius kerana uri (placenta) mula berpisah dari dinding rahim sebelum proses kelahiran bermula. Pendarahan boleh terkumpul dalam air ketuban, dan mula disedari apabila selaput air ketuban itu pecah ketika melahirkan bayi. Masalah ini bkn saja kehilangan darah pada wanita mengandung itu, tetapi nyawa anak yg dikandung.
Jangkitan kuman pada pundi kencing juga sering berlaku pd wanita hamil. Perlu disedari bahawa jangkitan kuman ini amat mudah berlaku pada wanita hamil akibat kesan dari hormon dan saluran kencing mereka yg pendek. Wanita yg bermasalah begini kadangkalanya merasa pedih ketika kencing. Mereka mengadu seperti rasa terbakar di bahagian abdomen bawah, atau mungkin hanya tidak selesa di bahagian itu. Biasanya pesakit akan melalui ujian air kencing yg dinamakan 'kencing kotor' ~ warna air kencing mungkin kuning pekat, keruh, berbau busuk dan kadangkalanya bercampur darah.
Faktor-faktor lain yg menjadi punca sakit perut ketika kehamilan ianya mungkin berpunca dari jangkitan kuman dari makanan (food poisoning) , appendicitis, batu karang di ginjal, jangkitan virus hepatitis, kesakitan di bahagian kanan atas akibat jangkitan pundi hempedu dan juga masalah usus tersumbat.
Mungkin juga kesakitan itu tidak merbahaya, namun harus berjumpa dgn doktor untuk memastikan bahawa ianya bukan satu keadaan merbahaya dan kecemasan.
Masalah perut berangin dan kembung perut akibat terkumpulnya gas berlaku kerana hormon semasa mengandung melambatkan proses penghadaman. Rahim yg membesar juga menyebabkan tekanan pada usus dan perut, memburukkan lagi keadaan.
Sembelit juga memberikan rasa tidak selesa di bahagian abdomen bawah. Ianya dapat diatasi dgn memakan banyak serat, sekiranya tidak membantu, bolehlah membeli ubat di farmasi atau klinik.
Di dalam bahagian pelvis, ada struktur dinamakan sebagai 'round ligament' yg memegang rahim agar berada pada kedudukan yg stabil. Salah satu punca yg menyebabkan rahim 'turun' apabila ligamen ini tidak lagi kuat. Apabila kandungan kehamilan bertambah, berat yg harus ditanggung oleh struktur untuk mengekalkan posisi rahim telah menyebabkannya menjadi keras, tebal dan regang (stretch).
Akibatnya wanita hamil akan merasa tidak selesa atau kemungkinan rasa sakit seperti ditikam/dicucuk2 utk sementara waktu atau 'sakit yg sukar diceritakan' (skang aku mengalami kesakitan seperti ini which is can't be describe) di kedua2 belah abdomen bawah. Kesakitan ini mula dirasakan apabila pesakit bangun dari posisi duduk atau mencangkung, batuk yg kuat atau mengangkat barang dari lantai.
Ada juga yg dpt merasakannya setelah lasak bekerja dan mengemas rumah. Kesakitan begini dinamakan 'round ligament pain'. Sukar utk menjelaskannya dan tiada ubat yg spesifik utk kesakitan sebegini (inilah yg aku alami skang). Banyakkan berehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja yg berat.
Ada juga yg mengadu kesakitan di bahagian bawah abdomen di umur kehamilan menjejaki 30 minggu. Ia dirasakan seperti rahim mengeras dan dinamakan 'braxton-hicks contractions' (dah mcm Toni Braxton plak...haha!). Sebelum umur kehamilan 37 minggu ianya tidak merbahaya, namun ianya tidak berapa sakit dan tidak kerap. (haaa...kesakitan ni juga aku ngah alami skang ni..) Kesakitan ini bukannya petanda kelahiran tetapi mungkin akibat pergerakan bayi di dalam rahim merangsangkan pengecutan rahim. Harus diingat keadaan sebeginin tidak seharusnya disertai dgn keluarnya darah atau cecair dari faraj.
Bagi sesiapa wanita hamil yg mengalami "Kesakitan dan Ketidakselesaan" pada bahagian abdomen bawah, dan telah menjalani ujian dan pemeriksaan doktor, dinasihatkan agar banyak bersabar. Dengan bersabar, minda kita akan mudah menerima ujian Allah ini dan tubuh kita akan lebih mudah menerima kesakitan ini.
Jangan banyak berfikir tentang "Kesakitan dan Ketidakselesaan" itu, amalkan membaca Al-Quran dan berzikir yg sahih. Petua2 ini telah menjadi amalan berkurun-kurun oleh solefussoleh, isteri dan anak2 mereka. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk bersabar dan berjuang untuk terus menjalani kehidupan seharian. Moga-moga aku jua diberi ketabahan dan kesabaran dlm menanti detik2 kelahiran bayiku ini..AMIN...
"Segala puji bagi Allah yg memberikan kesakitan dan yg menyembuhkan..Sesungguhnya setiap kita akan diuji untuk melihat siapa di antara kita yg lebih baik amalannya.."
sue banyak2 sabar ye... akak teringin nak rasa kenikmatan sakit tu. bila la agaknye ek..
ReplyDeleteKak Iena: thanks for ur concern..inysaAllah, akan ku kuatkan dan gagahkan diriku ini..hehe..btw, saya doakan yg terbaik utk akak..lum rezeki lg tu..insyaAllah, one day akan ade rezeki dr Allah..believe it..
ReplyDeletesabar ye sue. semua berbaloi bila baby kuar uwekkk uwekkk nnt. hihi. seronok seronok!
ReplyDeleteKak Fie: alhamdulillah..masih bersabar dan terus bersabar demi baby terchenta..hehehe..ye la, bila baby dh kuar, x pk sakit ke ape dah..time tu sure menangis gembira..hehe
ReplyDeleteArmouris: thanks for d info!
ReplyDelete