VVIP Yang Terhormat

22.10.10

[ d.a.n.c.i.n.g. b.a.b.y ]

Syukur alhamdulillah kpd Allah SWT di atas nikmat menjadi insan bergelar seorang IBU...kali ini aku masih mampu utk memberi zuriat kpd insan bernama SUAMI dan bakal bergelar seorang BAPA...aku sgt2 bersyukur padaNya kerana kami dimurahkan rezeki...aku tidak putus2 memanjatkan doa agar aku diberi kesejahteraan dan kesihatan sepanjang kehamilan ini dan semoga sejahtera ke akhir hayat hendaknya..

Aku tak mahu terlalu seronok dan ghairah utk berkongsi bersama kalian akan kehamilanku yg kali kedua ini...kerana terdapat di kalangan wanita yg bergelar ISTERI telah hamil..benih yg disemai telah menjangkau 5-7 bulan..tetapi tiada rezeki buat mereka..bayi mereka gugur di dalam kandungan...aku tersentap dan sedih bila mendengar kisah mereka ini...baru pagi tadi dengar kisah dari sahabatku...ye la, hati seorang IBU...mmg mudah tersentuh..Ya Allah, ku mohon kepadaMu, Kau berikanlah kesejahteraan kpdku dan kandunganku ini...dan permudahkan segala urusanku Ya Allah...

Buat temanku, bersabarlah...mungkin ada hikmah di sebalik setiap kejadian...mohon dan berdoalah kepada Allah agar diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi segala ujian yang menimpa..kerana setiap ujian dan cabaran itu, pasti akan ada kebaikan..believe me..

11 minggu ~ mase ni baby sdg menelentang...tgk la tu...hehehe..

16 minggu ~ hmmm...baby tamo pandang cni, dia mengadap belakang...berat baby 150g

20 minggu ~ haaa...mase ni nampak jelas..baby pandang ke atas...berat baby 378g..

"Mummy, bila adik nak keluar? Jom kita pegi hospital, kita panggil doktor dan keluarkan adik..." Inilah ayat yg seringkali diucapkan oleh insan yg bakal bergelar KAKAK...she's so excited..dan dia juga telah membahasakan dirinya dgn panggilan KAKAK...hatiku berbunga riang kerana aku yakin dia mampu menjadi seorang KAKAK yg penyayang..insyaAllah..moga2..amin..

Walaupun dia mendapat kasih sayang dari seorang BABAH yang bukan dari darah dagingnya, namun kasih sayang yang dicurahkan oleh BABAH kpdnya, tidak berbelah bahagi..it's true..dari sehari ke sehari, BABAH lah yang banyak membantuku menguruskan KAKAK..kerana itu, sehingga ke hari ini, KAKAK semakin rapat dgn BABAH..syukur alhamdulillah...airmata gembira mengalir dipipiku melihat keakraban mereka...tapi sejak nak dapat ADIK ni, dia sangat2 manja..setiap kali KAKAK nak tidur, mesti dia akan kucup 'ADIK' (my perut la..hehe!)

Syukur Alhamdulillah atas nikmat dari Mu Ya Allah...semoga kebahagiaan ini menjadi milik kami buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat..amin.... (^_^)

2 comments:

  1. sue,saya teringat sweet moment camnih masa scan eryn dulu.from the first moment scan si kecil (5 weeks) sampai 10 months mmg best,terujer,excited,nak nangis pun ada.saya doakan awak dan kandungan awak sihat dan selamat melahirkan.yg penting think positive,jaga makan dan diri.insyaallah.
    p/s:dah dpt tau ker jantinanya?boy @ gal?hehe..

    ReplyDelete
  2. Ct Shah: a'ah..seronok sgt2 kan..hihihi..lum tau boy or gurl lg..btw, thanks 4 ur concern ya..moga2 semuanya selamat...amin..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara